IPOH: Seorang wartawan Malaysian Nanban, P Chandra Segar, 62, ditemui meninggal di rumahnya di Taman Lim Garden, di sini, pada Selasa.

Difahamkan mayat ditemui pada jam 1.30 petang tadi dalam salah satu bilik rumahnya.

Beliau yang mesra dipanggil Segar dalam kalangan rakan wartawan sudah berkhidmat lebih 30 tahun dalam bidang kewartawanan.

Beberapa rakan media yang ditemui terkejut dengan berita kematiannya.

Difahamkan, ketika kejadian, beliau tinggal seorang diri kerana isterinya telah meninggal dunia enam tahun lepas.

Tiga anaknya iaitu seorang lelaki dan dua perempuan pula tinggal di Kuala Lumpur.