Oleh:Nazialita Geynna Maharan

BAGAN DATUK: Teh tarik, nasi lemak, roti sardin dan mi goreng adalah antara menu sarapan pagi dinikmati Timbalan Perdana Menteri, (TPM) Datuk Seri Ahmad Zahir Hamidi ketika singggah di warung Kamal Idris pagi tadi.

Pemimpin nombor dua negara itu yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk tiba di warung yang dikenali sebagai Warong Kopi Atan Deris berhampiran Jeti Hutan Melintang sekitar 9.30 pagi.

Sarapan pagi Timbalan Perdana Menteri turut disertai 100 penduduk kampung berdekatan.

Beliau yang amat terkenal dengan sifat ramah terus menerpa orang kampung yang sedang menikmati sarapan bersalaman serta bertanya khabar.

Pengusaha warung Mohd Kamal Idris,42, ternyata teruja dengan kedua pemimpin itu singgah ke warung kecilnya.

zahid_sarapan 4 Katanya, kunjungan pagi ini mengimbau ingatannya kepada wakil rakyat itu yang tidak pernah lupa menjadikan warungnya sebagai salah satu lokasi persinggahan ketika meluangkan masa turun padang berjumpa rakyat.

“Warung ini diwarisi saya turun termurun daripada ayah Idris Rahim…saya ambil alih sejak 20 tahun dulu. Ayah sekarang umur dah 64,” katanya.

Kamal berkata, warung yang beroperasi bermula pada pukul 6.30 hingga 11 pagi itu memulakan jualan roti canai sejak dua tahun lepas dan menerima sambutan baik orang ramai.

Dalam lawatan di kawasan jeti, Ahmad Zahid turut bersetuju untuk menaiktaraf Jeti Hutan Melintang dengan peruntukan RM600,000 seperti yang dipohon oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sebelum ini.

Ahmad Zahid juga turut meluangkan masa merasmikan Chalet Tok Cardeen berhampiran jeti Hutan Melintang di dalam lawatan itu.