AYER KEROH : Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob, dipercayai berhubung pelantikan Ketua Menteri baharu.

Beliau yang tiba di pejabat Tuan Yang Terutama (TYT) di Kompleks Seri Negeri, di sini, jam 11.50 pagi diiringi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Jawatan Ketua Menteri Melaka bertukar tangan apabila Adly Zahari semalam mengesahkan jawatannya sebagai Ketua Menteri ditamatkan selepas hilang sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka. -BH